fb fb fb fb fb

1,299 penduduk terjejas banjir di Johor dan Melaka

KUALA LUMPUR, 12 Januari - Dua negeri masih berhadapan banjir iaitu Johor dan Melaka.

Sejumlah 1,299 penduduk terjejas masih berlindung di 30 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Ia melibatkan 373 keluarga.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat pagi ini, terdapat 1,224 penduduk masih ditempatkan di 27 PPS di Johor.

Jumlah itu berkurang berbanding 1,329 malam tadi.

Di Melaka, kemas kini menunjukkan 75 penduduk masih berada di dua PPS di Jasin.

20 orang di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat dan 55 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai.

Sementara itu, banjir di Pahang surut sepenuhnya semalam.

PPS terakhir iaitu Sekolah Kebangsaan Temai di daerah Pekan menamatkan operasi pada pukul 10 malam tadi.

Media Baharu