PULAU PINANG, 18 Mei- Seramai hampir 1,600 peserta menyertai program larian dan jalan kaki amal anjuran Stay Fit Sunnah Sports Club (SFSSC) hari ini bagi mengumpul dana untuk pesakit kanser kanak-kanak.
Program yang dinamakan Larian Riadah Solidariti Pesakit Kanser Kanak-kanak itu berjaya mengumpul sebanyak RM15,550 yang akan disalurkan kepada badan Sahabat Kanak-kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN) bagi tujuan rawatan.
Majlis pelepasan peserta disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Penganjuran melibatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dan berlangsung sempena cuti umum Ahad.