KANGAR, 10 Ogos - Kira-kira 1,600 peserta menyertai Program Eco Fun Run dan Karnival Sihat Milik Semua bersempena dengan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Tuanku Raja Perlis.
Program yang dianjurkan Yayasan Amal Tengku Hajah Budriah itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu dewasa, remaja dan kanak-kanak dengan jarak sejauh enam kilometer manaka untuk anak-anak istimewa sejauh 1.5 kilometer dengan empat hentian.
Program berkenaan dilihat sebagai platform dalam menyemai nilai ilmu serta sifat perihatin kepada pemuliharaan dan kebersihan alam sekitar.
Para peserta turut didedahkan dengan keindahan dan keunikan negeri Perlis antaranya Bukit Lagi, salah satu tarikan utama Perlis Geopark.
Pelepasan peserta Eco Fun Run disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan warisnya yang kedua negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.
Turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.