fb fb fb fb fb

1,459 rakyat Malaysia dipindahkan dari Hat Yai

Anggota pasukan penyelamat mengagihkan bekalan kepada penduduk yang terperangkap di kawasan banjir di Hat Yai susulan hujan lebat yang melanda 10 wilayah selatan Thailand/REUTERS

KUALA LUMPUR, 28 November – Seramai 1,459 rakyat Malaysia berjaya dipindahkan dari lebih 25 hotel di Hat Yai selepas banjir besar melanda kawasan berkenaan,

Wisma Putra menerusi kenyataan memaklumkan paras air yang mula surut semalam membolehkan kenderaan berat memasuki hampir semua kawasan kecuali beberapa lokasi yang masih mencatatkan air tinggi.

"Operasi yang diselaraskan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, dengan kerjasama Tentera Diraja Thailand serta pertubuhan bukan kerajaan Malaysia," menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Operasi turut menyelamat 38 pelajar universiti dan pensyarah antara pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari. Setakat semalam, hanya dua hotel yang masih belum dapat diakses akibat air yang belum surut sepenuhnya.

"Berdasarkan anggaran semasa, kurang 300 rakyat Malaysia masih terkandas dan operasi pemindahan akan diteruskan hari ini sehingga semua mangsa disahkan selamat," katanya.

Wisma Putra turut menggesa rakyat Malaysia yang belum mendaftar atau belum dihubungi pasukan penyelamat supaya segera menghubungi Konsulat Jeneral di Songkhla atau Kedutaan Malaysia di Bangkok bagi memastikan bantuan dapat disalurkan segera.

Untuk bantuan konsular, boleh hubungi Bilik Gerakan Wisma Putra (Putrajaya) Tel: +603 8887 4570 atau e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok Tel: +66-87-028-4659 Talian tambahan: +66-2340-5721 atau e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla Tel: +(6674) 316274 / +(6681) 9901930 Talian tambahan: +(6674) 324004 / 312353 e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

GRACE AISYAH KEDAYAN