fb fb fb fb fb

Warga emas OKU, keluarga diselamatkan selepas kereta terbabas longkang banjir

Kereta ke dalam longkang dipenuhi air banjir / Foto RTM

KUANTAN, 28 November - Seorang warga emas Orang Kelainan Upaya (OKU) bersama suami dan dua anaknya berjaya diselamatkan selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang dipenuhi air banjir.

Kejadian berlaku di Kampung Tersan, laluan Raub–Lipis, Pahang, kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Dalam kenyataan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang memaklumkan, wanita berusia 60 tahun itu dibawa ke Hospital Raub untuk pemeriksaan lanjut, manakala tiga ahli keluarganya tidak memerlukan rawatan lanjut.

Keluarga berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Kuala Lumpur ketika insiden berlaku.

Mereka diselamatkan anggota APM Raub yang kebetulan melalui kawasan tersebut untuk menyiasat aduan berkaitan pokok tumbang di Ulu Atok, Raub.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN