fb fb fb fb fb

1,171 projek perumahan swasta sakit dipulihkan

Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – 1,171 projek perumahan swasta sakit dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM113.55 bilion berjaya dipulihkan Task Force Projek Perumahan swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
 
Menurut timbalan menterinya, Aiman Athirah Sabu, kejayaan itu melibatkan 139,848 unit rumah yang dipulihkan sejak mesyuarat pertama TFST pada 2023

“Bagi tahun ini sahaja sehingga Jun lepas, TFST berjaya memulihkan 244 projek perumahan swasta melibatkan 27,101 unit rumah dengan GDV RM21.07 bilion.

TFST juga berjaya memulihkan sepenuhnya lima projek terbengkalai melibatkan 887 unit rumah dengan GDV berjumlah RM55.74 juta melalui kaedah penyiapan projek sehingga memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen.

Sehingga kini, TFST memantau 233 projek perumahan swasta lewat, 360 projek sakit dan 109 projek terbengkalai.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN