PRN Johor: Nazri pertahan kerusi Simpang Jeram dengan 12,022 undi

Nazri Abdul Rahman pertahan kerusi DUN Simpang Jeram/Foto fail BERNAMA

MUAR, 11 Julai – Pakatan Harapan (PH) menerusi Parti Amanah Negara (Amanah) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 apabila calonnya, Nazri Abd Rahman, menang tipis dengan majoriti 170 undi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Nazri memperoleh 12,022 undi, menewaskan calon BN Datuk Azman Ismail yang meraih 11,852 undi.
  • Pencabar lain: Arshed Yahya @ Awang (PN-PAS) 3,962 undi; Ainie Haziqah Shafii (MUDA) 1,467 undi.
  • Berbanding PRN Johor 2022, Nazri meraih 13,844 undi dengan majoriti 3,514, kini undinya berkurang ketara.

Nazri memperoleh 12,022 undi untuk menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Azman Ismail, yang meraih 11,852 undi, dengan majoriti 170 undi.

Dua lagi pencabar, Arshed Yahya @ Awang daripada Perikatan Nasional (PN-PAS) memperoleh 3,962 undi, manakala Ainie Haziqah Shafii (MUDA) meraih 1,467 undi.

Pada PRN Johor 2022, Nazri yang juga penyandang kerusi itu memenangi DUN Simpang Jeram dengan 13,844 undi dan majoriti 3,514 undi.

Kali ini, beliau berjaya mengekalkan kerusi berkenaan dengan majoriti yang jauh lebih kecil.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.