
AYER MOLEK, 12 November – Pakatan Harapan (PH) meneliti persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijadual bermula hujung November ini.
- Majlis Setiausaha PH diaktifkan untuk meneliti tahap kesiapsiagaan dan menyelaras perkara berkaitan.
- Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil menyampaikan kenyataan ketika walkabout Pasar Malam Ayer Molek bersama calon PH Hakimin Mokhtar.
- Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir sama dalam program tersebut.
- SPR menetapkan penamaan calon 28 November, undi awal 8 Disember dan hari pengundian 12 Disember.
Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata Majlis Setiausaha PH diaktifkan bagi meneliti tahap kesiapsiagaan gabungan tersebut serta menyelaras perkara berkaitan.
“Majlis Presiden juga telah meneliti beberapa perkara, termasuk mengaktifkan Majlis Sekretariat atau Majlis Setiausaha Pakatan Harapan bagi meneliti tahap persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak serta persiapan-persiapan lain yang berkaitan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Walkabout Pasar Malam Ayer Molek bersama calon PH, Hakimin Mokhtar di sini.
Hadir sama, Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon PRN Sarawak pada 28 November, undi awal 8 Disember manakala, hari pengundian 12 Disember.