
KOTA BHARU, 1 Mei – Seorang wanita ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah di atas jalan di Kampung Kubang Kiat, Ketereh, tengah malam tadi.
- Mayat mempunyai beberapa kesan kecederaan dipercayai akibat tikaman pada perut, belakang dan muka.
- Orang awam menyangka kemalangan dan menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
- Polis dan unit forensik menjalankan siasatan; mayat dibawa ke HRPZ II untuk bedah siasat, waris dikesan.
Mangsa yang dianggarkan berusia lingkungan 20-an ditemukan orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah malam.
Mayat mangsa ditemukan dengan beberapa kesan kecederaan dipercayai akibat tikaman pada bahagian perut, belakang badan dan muka.
Orang awam pada awalnya menyangka mangsa terlibat dalam kemalangan sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.
Susulan laporan diterima, sepasukan anggota polis bersama unit forensik bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.
Polis kini sedang giat mengesan waris mangsa selain meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Pihak polis dijangka akan mengeluarkan kenyataan mengenai penemuan mayat itu hari ini.