Wanita didenda RM3,500 tipu warga asing di HSA

Nor Shahira Abdul Razak, 29, di pekarangan Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini/RTM

JOHOR BAHRU, 27 April- Seorang penganggur didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memperdaya seorang lelaki warga asing untuk menyerahkan wang RM700 kononnya bagi urusan discaj di Hospital Sultanah Aminah (HSA), minggu lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mahkamah perintahkan penjara lima bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda.
  • Tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabilah Nizam.
  • Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan; pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Latif.

Mahkamah turut memerintahkan Nor Shahira Abdul Razak, 29, dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Dia membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Mengikut pertuduhan, Nor Shahira didakwa memperdaya mangsa dengan curang bagi mendorong lelaki berkenaan menyerahkan wang kepadanya, namun cubaan itu tidak berjaya.

Kesalahan itu dilakukan di Kaunter Polis Bantuan Unit Hasil dan Bilik Daftar Masuk HSA pada 21 April lalu.

Nor Shahira didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Latif manakala Nor Shahira diwakili peguam Yayasan Bantu