
KEMAMAN, 12 Ogos- Tiga lelaki pelarian warga Myanmar yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol seorang wanita orang kurang upaya (OKU) intelektual di daerah ini, disambung reman lima hari lagi.
- Suspek berusia antara 19 hingga 28 tahun hadir ke mahkamah pagi tadi dengan kenderaan polis.
- Mereka ditahan di sebuah rumah sewa di Kampung Enjin Gergaji, Chukai; disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
- Ketua Polis Mohd Razi Rosli berkata suspek bekerja sebagai buruh binaan dan pekerja kebersihan; ditahan selepas polis terima laporan wanita tempatan berusia 20 tahun.
- Dua lagi lelaki warga sama, umur 23 tahun, ditahan di Kampung Besut, Chukai untuk membantu siasatan; polis beri ruang secukupnya kerana mangsa OKU.
Perintah sambung reman bermula esok hingga Isnin depan itu dibenarkan Majistret Marsha Abdul Malik di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.
Kesemua suspek berusia antara 19 hingga 28 tahun itu tiba di mahkamah kira-kira 8.30 pagi tadi dengan kenderaan polis.
Sebelum ini, mereka direman selama lima hari selepas ditahan di sebuah rumah sewa di Kampung Enjin Gergaji, Chukai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata kesemua suspek yang bekerja sebagai buruh binaan dan pekerja kebersihan itu ditahan Sabtu lepas selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 20 tahun pada Jumaat.
Beliau berkata polis turut menahan dua lagi lelaki warga sama, masing-masing berusia 23 tahun, di Kampung Besut, Chukai, Isnin lepas bagi membantu siasatan.
Mohd Razi berkata polis sedang menjalankan siasatan terperinci dan memberi ruang secukupnya kepada mangsa sebelum siasatan lengkap dijalankan memandangkan mangsa merupakan OKU.