
JOHOR BAHRU, 8 April – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit kemalangan dengan dua buah kereta di kilometer 21 Lebuhraya Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor kira-kira jam 11 pagi semalam.
- Satu kenderaan hilang kawalan dan tersasar ke lorong tengah selepas cuba mengelak kenderaan di hadapan yang berhenti mengejut.
- Penunggang motosikal tidak sempat mengelak, merempuh kenderaan tersebut; mangsa, 42 tahun, disahkan meninggal di lokasi.
- Siasatan mendapati sebuah kereta tiba-tiba memperlahankan selepas melanggar lopak air; kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurut kenyataan media Timbalan Ketua Polis daerah Seri Alam, Superintenden Victor Genason, sebelum kejadian, dua pemandu kereta berkenaan memandu di lorong paling kanan menghala ke arah Pasir Gudang.
Setibanya di lokasi kejadian, salah sebuah kereta hilang kawalan dan tersasar ke lorong tengah, selepas cuba mengelak kereta di hadapannya yang berhenti secara mengejut.
Penunggang motosikal tidak sempat mengelak dan merempuh kenderaan tersebut. Mangsa berusia 42 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Hasil siasatan mendapati, kereta dipandu lelaki berumur 20 tahun di lorong kanan, tiba-tiba memperlahankan kenderaan selepas melanggar lopak air.
Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.