Lelaki maut terkena renjatan elektrik

Foto JBPM Sabah

KUDAT, 28 Oktober – Seorang lelaki warga Filipina maut selepas terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja pemasangan dan pembaikan lampu di Sekolah Rendah Kebangsaan (Cina) Lok Yuk Batu 1, Kudat, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tangga yang digunakan terkena kabel elektrik, menyebabkan mangsa terkena renjatan dan terjatuh.
  • Pasukan bomba menjalankan penilaian awal sebelum mengeluarkan mangsa dari lokasi.
  • Sabah Electricity memutuskan bekalan elektrik bagi memastikan keselamatan pasukan penyelamat.
  • KKM mengesahkan mangsa meninggal di lokasi, mayat diserahkan polis dan operasi ditamatkan pada 9.46 pagi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa dipercayai sedang melakukan kerja di kawasan pagar sekolah sebelum tangga yang digunakannya terkena kabel elektrik.

Keadaan itu menyebabkan mangsa terkena renjatan elektrik sebelum terjatuh.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pasukan bomba yang tiba di lokasi menjalankan penilaian awal sebelum mengeluarkan mangsa.

Pihak Sabah Electricity turut berada di lokasi untuk memutuskan bekalan elektrik bagi memastikan keselamatan pasukan penyelamat sebelum kerja mengeluarkan mangsa dijalankan.

Bagaimanapun, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 9.46 pagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.