Lelaki ditahan rakam video wanita dalam keadaan mengaibkan

Foto hiasan

KUCHING, 3 Ogos – Seorang lelaki ditahan polis di Kuching pagi tadi kerana disyaki merakam video seorang wanita dalam keadaan mengaibkan, pada Sabtu lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Insiden berlaku di perkarangan Festival Makanan Kuching, Padungan, sekitar pukul 9 malam.
  • Polis merampas sebuah telefon pintar milik suspek untuk siasatan lanjut.
  • Suspek berusia 29 tahun dan tiada rekod jenayah lampau.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana merakam video yang mengaibkan.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, insiden itu berlaku di perkarangan Festival Makanan Kuching dekat Padungan kira-kira pukul 9 malam.

Polis turut merampas seunit telefon pintar milik suspek untuk siasatan lanjut.

Suspek berusia 29 tahun itu tiada rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan atau mengganggu kesantunan seseorang dengan merakam video.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.