
KOTA KINABALU, 29 Jun- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas dipercayai dibaham buaya di Jalan Dent Heaven, Kampung Tagupi, Lahad Datu, Sabah hari ini.
- Mangsa ditarik reptilia ke dasar sungai pada waktu tengah hari menurut polis.
- Jiran menyaksikan kejadian; mayat ditemui kira-kira jam 2.00 petang.
- Pemeriksaan menunjukkan kecederaan parah akibat gigitan pada belakang dan kaki; kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau berkata mangsa ditemukan oleh keluarga dan orang awam dalam keadaan tidak bernyawa pada kira-kira pukul 2.00 petang.
Menurut beliau, hasil siasatan mendapati seorang saksi awam yang juga jiran mangsa melihat mangsa ditarik buaya ke dalam dasar sungai ketika kejadian.
“Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan akibat gigitan buaya di bahagian belakang badan dan kaki mangsa.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Disyorkan
Superintendan Jimmy turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terutama ketika melakukan sebarang aktiviti air di kawasan sungai atau laut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.