Dua peguam ditahan, disyaki seleweng dana RM7.7 juta

Foto SPRM

KUALA LUMPUR, 22 April– Dua peguam ditahan selepas disyaki terlibat dalam penyelewengan dana pemegang amanah berjumlah lebih RM7.7 juta membabitkan sebuah projek pembangunan di ibu kota.

RINGKASAN BERITA AI
  • Noor Haeme Hashim dan Muhammad Nurhadi Zainol daripada Tetuan Haeme Advocates & Solicitors dinamakan sebagai suspek.
  • Suspek disyaki menggunakan dokumen mengandungi butiran palsu untuk pengeluaran dana pemegang amanah projek Kami Mont Kiara.
  • Dana sepatutnya disalurkan kepada United Time Development Sdn Bhd tetapi disyaki diseleweng untuk kegunaan peribadi; suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman.

Kedua-dua suspek, Noor Haeme Hashim dan Muhammad Nurhadi Zainol daripada Tetuan Haeme Advocates & Solicitors, ditangkap semalam sekitar pukul 7.40 hingga 7.45 malam.

Hasil siasatan awal mendedahkan suspek dipercayai menggunakan dokumen yang mengandungi butiran palsu bagi tujuan pengeluaran dana pemegang amanah berkaitan projek Kami Mont Kiara.

Dana berkenaan sepatutnya disalurkan kepada pihak pemaju, United Time Development Sdn Bhd, namun disyaki telah diseleweng untuk kegunaan peribadi.

Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi permohonan reman untuk membantu siasatan lanjut di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.