
KUALA LUMPUR, 9 April – Seramai 69 warga asing daripada 198 individu yang diperiksa ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Op Gegar di sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi, di ibu negara malam tadi.
- Penyalahgunaan pas lawatan sosial untuk bekerja tanpa permit sah sebagai kesalahan utama di bawah Akta Imigresen.
- Majikan turut ditahan jika menggaji warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial.
- Yang ditahan terdiri daripada warga Thailand dan Vietnam, operasi disertai 89 pegawai imigresen.
- Bagi Januari hingga 7 April, 106 operasi Op Gegar dilaksanakan, memeriksa lebih 1,800 individu dan menahan 670 warga asing.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, antara kesalahan utama yang dikesan ialah penyalahgunaan pas lawatan sosial untuk bekerja tanpa permit sah, yang merupakan kesalahan bawah Akta Imigresen.
“Kesalahan yang paling biasa yang dilakukan adalah menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja Majikan juga akan ditahan sekiranya melakukan kesalahan menggaji warga asing ini untuk bekerja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Op Gegar di ibu negara.
Kesemua yang ditahan merupakan warga Thailand dan Vietnam dalam operasi yang disertai 89 pegawai imigresen itu.
Bagi tempoh Januari hingga 7 April lalu, sebanyak 106 operasi Op Gegar dilaksanakan di seluruh negara melibatkan lebih 1,800 individu diperiksa dan 670 warga asing ditahan.
Op Gegar memberi tumpuan terhadap aktiviti tidak bermoral yang menjadi antara fokus utama dalam pelaksanaan operasi tersebut.