
ALOR SETAR, 7 September – Seramai 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) lelaki berusia antara 19 hingga 49 tahun ditahan dalam empat operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah di beberapa premis perniagaan sekitar negeri itu.
- Empat operasi OP BELANJA, OP DANDAN, OP KUTIP dan OP SELERA dijalankan di Kuala Muda, Kulim, Kubang Pasu dan Kota Setar.
- Tahanan terdiri daripada warga Bangladesh, Indonesia, India, Nepal dan Pakistan menurut kenyataan JIM Kedah.
- Kes disyaki melibatkan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
- Sembilan Borang IMM.29 dikeluarkan dan tahanan dihantar ke Depot Imigresen Belantik, Sik untuk tindakan lanjut.
Operasi masing-masing OP BELANJA, OP DANDAN, OP KUTIP dan OP SELERA itu dijalankan semalam membabitkan daerah Kuala Muda, Kulim, Kubang Pasu dan Kota Setar.
Menurut kenyataan JIM Kedah, kesemua yang ditahan terdiri daripada 11 warga Bangladesh, tiga warga Indonesia, 14 warga India, dua warga Nepal dan tiga warga Pakistan.
Mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, termasuk memasuki atau berada di Malaysia tanpa pas atau permit sah, tinggal lebih masa serta melanggar syarat pas.
Sebanyak sembilan Borang IMM.29, iaitu Saman Kepada Saksi, turut dikeluarkan sepanjang operasi bagi membantu siasatan dan tindakan lanjut.
Kesemua tahanan dihantar ke Depot Imigresen Belantik, Sik, Kedah untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.