fb fb fb fb fb

Waspada akaun media sosial palsu milik ahli politik

Akaun Tiktok palsu menggunakan nama ahli politik untuk memperdaya orang ramai

KULIM, 2 SEPTEMBER - Polis Kedah mengesan aktiviti penyamaran menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) melalui akaun Tiktok palsu melibatkan ahli politik.
 
Akaun palsu berkenaan dipercayai diwujudkan pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan penipuan.
 
Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Baderulhisham Baharudin dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima laporan daripada seorang ahli politik berusia 50 tahun berasal dari Kulim.
 
Ahli politik itu mendakwa telah mengesan dua akaun Tiktok palsu menggunakan nama, gambar serta mencipta suara penyamaran (video AI) miliknya tanpa kebenaran.
 
Kandungan yang dimuat naik dalam laman sosial tersebut juga mengelirukan sehingga boleh memberi persepsi salah kepada masyarakat.
 
Sebagai seorang pemimpin politik, mangsa juga bimbang akaun tersebut digunakan untuk memperdaya orang ramai.
 
Polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap penipuan dalam talian yang menjanjikan bantuan kewangan.

JALALUDDIN BIN BAHARIN