fb fb fb fb fb

Warga Maghribi cabul ahli terapi ketika mengurut kena reman empat hari

FOTO HIASAN

BESUT, 16 Julai- Seorang wanita tempatan berusia 19 tahun dipercayai dicabul semasa memberi perkhidmatan urutan ke atas seorang lelaki warga negara asing.
 
Mangsa yang merupakan seorang ahli terapi di sebuah spa di Pulau Perhentian, Besut membuat laporan polis berkenaan kejadian berkenaan pada Isnin.
 
Ketua Polis Besut, Supt Abdul Rozak Muhammad berkata, tangkapan telah dilakukan ke atas suspek dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah.
 
Hasil siasatan juga mendapati suspek berusia 20-an merupakan warga negara Maghribi.
 
Suspek direman selama empat hari bermula hari ini.
 
Kes di siasat bawah seksyen 354 kanun keseksaan kerana mencabul kehormatan yang mana memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE