fb fb fb fb fb

Berniaga barang lusuh tanpa lesen sah, tiga warga asing ditahan

FOTO HIASAN

MELAKA, 16 Julai- Tiga warga asing ditahan selepas dipercayai menjalankan perniagaan barang lusuh tanpa lesen yang sah.

Penahanan dibuat dalam Op Mega Lusuh Bersepadu yang dijalankan Polis Melaka dengan kerjasama pelbagai pihak di sekitar negeri itu.

Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Md Nazri Zawawi dalam kenyataan memaklumkan operasi yang bermula pada 9 Julai itu telah memeriksa sebanyak 108 premis barang lusuh.

Dalam operasi itu tiga tangkapan dibuat melibatkan lelaki warganegara Pakistan, Myanmar dan China berusia antara 29 hingga 65 tahun.

Kesemua individu yang ditahan disiasat mengikut Peraturan 39(B) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalah guna pas lawatan sosial untuk tujuan bekerja dan Akta Peniaga Sekendhend 1946.

Selain itu 11 saman dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, 19 saman oleh Majlis Perbandaran Jasin, tujuh saman oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan satu saman masing-masing dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan Majlis Perbandaran Alor Gajah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE