KULAI, 1 Disember- Seorang lelaki warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman di ruang tamu rumahnya di Taman Bahagia, Senai semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee menerusi satu kenyataan memaklumkan menerima maklumat berkaitan mangsa yang ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah itu kira-kira pukul 11.42 pagi.
“Warga emas lelaki berusia 67 tahun itu tinggal berseorangan di rumah tersebut. Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badannya mendapati ada kesan tikaman dipercayai menggunakan objek tajam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau menyeru orang awam yang mempunyai maklumat kejadian tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Nur Aniyah Ismail di talian 013-9792526 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai di talian 07-6632222.