fb fb fb fb fb

Warga asing maut ditetak, diserang empat individu tidak dikenali - PDRM

Foto Fail

TASEK GELUGOR, 7 Mac- Seorang pekerja restoran nasi kandar maut dipercayai akibat ditetak di bahagian kepala, lengan dan badan dalam kejadian di Taman Sepadu, Tasek Gelugor, pukul 3.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Anuar Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata lelaki warga Myammar itu diserang empat lelaki tidak dikenali dengan bersenjatakan parang.

Siasatan awal mendapati keempat-empat suspek itu menaiki sebuah kereta dengan memakai topi dan penutup muka.

"Kesemua mereka kemudiannya menyerang suspek yang sedang bertugas ketika itu.

Mangsa bagaimanapun cuba melarikan diri sebelum kempat-empat suspek bertindak mengejar dan menetak mangsa," kata kenyataan itu.

Menurutnya, mangsa jatuh terbaring setelah ditetak berkali-kali di bahagian kepala, tangan dan badan.

Suspek seterusnya melarikan diri dengan menaiki kenderaan sama.

Mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM