TANGKAK, 14 Ogos - Seorang wanita 60 tahun kerugian RM695,375 selepas diperdaya sindiket penipuan pelaburan saham di Tangkak, Johor, sejak 2 Julai lalu namun laporan polis dibuat hari ini.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib dalam satu kenyataan memaklumkan, wanita tersebut terpedaya selepas memuat turun aplikasi pelaburan DESG.
"Tertarik dengan tawaran 100 peratus keuntungan, mangsa telah melakukan 16 transaksi pindahan wang ke empat 'mule account' bermula 2 Julai hingga 12 Ogos lalu melibatkan wang berjumlah RM696,375," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu polis turut menasihatkan orang ramai supaya berwaspada serta tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dengan cara mudah dalam masa singkat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.