fb fb fb fb fb

Tujuh warga Afghanistan guna visa palsu ditahan di KLIA

Empat daripada tujuh warga Pakistan yang ditahan di KLIA kerana menggunakan visa palsu

KUALA LUMPUR, 18 Julai - Tujuh warga Afghanistan ditahan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) selepas cuba memasuki negara menggunakan visa palsu.

Penahanan dibuat di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam dua kumpulan berasingan.

Kumpulan pertama tiba pada pagi Ahad, manakala kumpulan kedua tiba malam Selasa.

AKPS dalam kenyataan memaklumkan, pemeriksaan dokumen dilakukan selepas menerima maklumat risikan.

“Siasatan awal mendapati kesemua mereka terdiri daripada lima dewasa dan dua kanak-kanak, menggunakan visa palsu dipercayai diperoleh dari Uzbekistan.

Mereka mendakwa melarikan diri dari Iran sebelum menjadikan Malaysia destinasi akhir,” menurut kenyataan itu.

AKPS kemudiannya mengambil tindakan tegas dengan menolak kemasukan mereka kerana melanggar syarat imigresen dan memalsukan dokumen perjalanan

Tegas AKPS, kawalan keselamatan sempadan sentiasa berada pada tahap tertinggi dan tiada kompromi terhadap cubaan migrasi tidak sah.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN