fb fb fb fb fb

Tujuh PATI ditahan, rentas sempadan tanpa dokumen sah

BUKIT KAYU HITAM, 10 Februari- Tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di Kedah dan Kelantan ketika cuba merentas sempadan menggunakan laluan tidak sah di kawasan hutan sempadan Malaysia – Thailand.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan di Bukit Kayu Hitam.

Enam PATI ditahan melibatkan seorang warga Thailand, tiga warga Myanmar dan dua warga Bangladesh.

Mereka berumur antara 11 hingga 35 tahun.

Sementara itu, dalam serbuan lain, seorang lelaki warga Thailand yang tiada dokumen perjalanan ditahan kerana cuba menyeberangi sempadan negara di Tanah Merah, Kelantan.


(Lelaki warga Thailand yang ditahan di Tanah Merah, Kelantan)

Antara yang dirampas, dua motosikal, pil kuda, selaras senapang angin dan pelbagai mata wang dengan anggaran nilai RM11,000.

PATI yang ditahan diserah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap dan Balai Polis Bukit Bunga.

Media Baharu