BALAKONG, 2 Mei – Tiga lelaki tempatan maut selepas kereta dinaiki terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah utara, awal pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.57 pagi dan sepasukan 10 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi.
Setibanya di tempat kejadian pada 6.07 pagi, pasukan mendapati sebuah keret telah terbabas dan kesemua mangsa tersepit di dalam kenderaan.
Operasi mengeluarkan mangsa mengambil masa hampir satu jam sebelum ketiga-tiga mereka disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.