fb fb fb fb fb

Tiga maut konsert Pinkfish disahkan keracunan dadah jenis stimulant

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 19 Februari- Laporan patologi terhadap tiga daripada empat pengunjung yang maut di konsert Pinkfish Januari lalu disahkan punca kematian akibat keracunan dadah jenis stimulant.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, bagaimanapun laporan bagi seorang lagi mangsa masih belum diterima dan dalam tindakan pihak hospital.

Manakala, seorang lagi mangsa masih berada di hospital dalam keadaan stabil, namun memerlukan pemantauan rapi.

Siasatan lanjut sedang diteruskan dan kes akan dirujuk kepada koroner setelah siasatan lengkap dijalankan.

Mengulas lanjut, pihaknya telah merakam percakapan 53 orang saksi berhubung kejadian tersebut.

Terdahulu, empat individu tempatan berusia lingkungan 20 hingga 40-an dilaporkan meninggal dunia selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu itu.

Manakala tiga lagi individu dikejarkan ke hospital.

Dalam pada itu, dua daripada tiga pengedar susulan kes terbabit yang ditangkap telah dituduh di mahkamah bulan lalu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE