KULAI, 19 November - Tiga maut dalam kemalangan membabitkan dua lori dan sebuah kereta di Jalan Senai–Seelong, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee mengesahkan insiden berlaku pada pukul 4.15 petang.
Pemandu lori berusia 23 tahun, maut di lokasi manakala pemandu sebuah lagi lori berusia 46 tahun serta seorang penumpang kereta meninggal dunia di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, ketika menerima rawatan.
"Siasatan awal mendapati kereta dipandu warga emas berusia 68 tahun bersama tiga wanita berusia antara 65 hingga 87 tahun dirempuh dari belakang lori yang dipandu lelaki berusia 46 tahun.
"Pelanggaran itu mengakibatkan kenderaan terbabit terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori dipandu mangsa berusia 23 tahun,"katanya.
Sementara itu, pemandu kereta serta dua penumpang wanita yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, HSA, Johor Bahru.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.