fb fb fb fb fb

Maritim Malaysia rampas RON95 dan diesel bersubsidi di perairan Perlis

Foto MARITIM MALAYSIA

KUALA PERLIS, 19 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas lebih 570 liter petrol RON95 dan 450 liter diesel bersubsidi di perairan Perlis, semalam.

Ini sekali gus menggagalkan cubaaan menyeludup keluar bahan api bersubsidi itu ke negara jiran.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nak Rong Si Prom, bot yang melakukan rutin rondaan OP AMAN dan OP TIRIS 3.0 mengesan dua buah sampan kayu tanpa nombor pendaftaran bersama enjin bergalah dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan lanjut ke atas sampan yang dipercayai berpengkalan di Pulau Ketam itu menemukan 34 tong berisi RON95 dan diesel.

"Kesemua rampasan berkenaan yang dianggar bernilai RM40,000 dibawa dibawa ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis untuk tindakan selanjutnya," jelasnya.

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN