fb fb fb fb fb

Tiga lelaki ditahan proses air ketum

(FOTO IHSAN POLIS)

BALIK PULAU, 25 Disember- Polis menahan tiga lelaki dan merampas 105 kilogram (kg) daun ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Permatang Damar Laut, Bayan Lepas semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan hari ini berkata bertindak hasil maklumat serta risikan, polis menyerbu rumah itu dan menahan tiga lelaki berusia 22 hingga 26 tahun yang menjadikan bahagian belakang rumah berkenaan sebagai tempat memproses air ketum.

"Selain 105 kg daun ketum, polis turut merampas ratusan bungkusan air ketum yang telah siap diproses iaitu 1,545 liter, peralatan memasak, tong gas dan pelbagai lagi yang kesemuanya bernilai RM16,500," menurut kenyataan itu.

Menurutnya kegiatan itu dijalankan sejak beberapa bulan lepas, dan tiga penganggur itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.


(FOTO IHSAN POLIS)


(FOTO IHSAN POLIS)

Media Baharu