fb fb fb fb fb

Tiga individu dihadapkan ke mahkamah, kes bunuh wanita

Foto Hiasan

JOHOR BAHRU, 22 Januari - Dua lelaki dan seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh seorang wanita, Tian Hau Khee, 43 tahun, di sini, pada 1 Disember 2024.

Salah seorang tertuduh, Soo Siau Soon, 31 tahun, didakwa membunuh wanita tersebut dihadapan sebuah kuil di Skudai, pukul 12:50 tengah malam pada hari kejadian.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kes disebut semula, pada 6 Mac depan.

Sementara itu di mahkamah berlainan, Heng Tang Lee, 48 tahun dan C.Susila, 45 tahun, dituduh bersubahat membunuh wanita tersebut pada tarikh dan lokasi sama.

Tertuduh tidak diwakili peguam dan kes akan disebut semula pada 19 Mac depan.

Heng Tang Lee turut mengaku tidak bersalah dihadapan Majistret A. Shaarmini, atas pertuduhan membuang sebelah bilah gunting dan memiliki sepucuk pistol tanpa permit sah, di Johor Bahru pada 15 Disember lalu.

Pertuduhan dibacakan mengikut 302 Kanun Keseksaan serta Seksyen Lapan ( A ) Akta Senjata 1960, dan kes disebut semula pada 19 Mac ini. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Noratini Nik Azman, dan Siti Aishah Latif.

TETITIA YUSOFF