fb fb fb fb fb

Terpedaya penipuan kerja dalam talian, wanita rugi RM37,400

Seorang wanita menaggung kerugian sebanyak RM37,400 selepas ditipu tawaran kerja dalam talian yang menjanjikan komisen lumayan / Foto Hiasan

MIRI, 17 Mac - Seorang wanita menaggung kerugian sebanyak RM37,400 selepas ditipu tawaran kerja dalam talian yang menjanjikan komisen lumayan.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata mangsa berusia 40-an dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp, sebelum diberi pautan oleh suspek untuk mendapatkan komisen.

"Mangsa kemudian berurusan dengan suspek sama menerusi Telegram dan diminta membuat pembayaran awal sebelum dibolehkan memulakan tugasan kononnya bagi mendapat pulangan berganda," katanya menerusi kenyataan.

Alexson berkata, mangsa menyedari dirinya telah ditipu apabila komisen dijanjikan tidak diperolehi dan suspek masih meminta wang.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun, sebatan dan denda.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN