fb fb fb fb fb

Terima rasuah RM10,000, bekas Pengarah Maritim dipenjara 20 bulan

Foto-RTM

JOHOR BAHRU, 30 Mei – Seorang bekas pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Sedili dijatuhi hukuman penjara 20 bulan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.

Muhamad Zulfadli Nayan, 43 tahun, didapati bersalah menerima suapan berjumlah RM10,000 daripada pemilik sebuah syarikat perkapalan di Johor Bahru pada Oktober 2020.

Hukuman diputuskan Hakim Datuk Ahmad Kamal Ariffin Ismail selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tertuduh juga gagal mematahkan anggapan undang-undang atas imbangan kebarangkalian seperti yang diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Zander Lim Wai Keong.

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN