fb fb fb fb fb

Suspek kes rompak bersenjata, Houstin diburu polis

FOTO POLIS SARAWAK

KUCHING, 10 Mei- Polis Sarawak kini sedang memburu seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun kerana terlibat dalam satu kes rompakan bersenjata di Bau, Ahad lepas.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata suspek yang dikenal pasti sebagai Houstin Bilong Usat telah merompak sebuah premis di Jalan Jembusan pada malam Ahad menggunakan sepucuk pistol.

Susulan itu polis telah melancarkan operasi mengesan suspek yang beralamat akhir di Long Ikang, Miri.

Berikutan kesukaran mengesan suspek yang masih bersembunyi, polis meminta bantuan orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat keberadaannya.

Bercakap kepada media di Kuching, Datuk Mancha memberitahu orang awam diminta tidak mengambil tindakan sendiri sekira terjumpa suspek kerana suspek dianggap berbahaya dan bersenjata.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE