fb fb fb fb fb

Polis Selangor berjaya rampas 8.149kg ganja, suspek direman tujuh hari

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar berkata demikian dalam Sidang Media Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Selangor, hari ini

SHAH ALAM, 10 Mei- 8.149 kilogram ganja bernilai RM25,300 berjaya dirampas Balai Polis Damansara bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Petaling Jaya di dua buah kondominium kawasan Damansara, 4 Mei lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar berkata suspek pertama telah memandu arah pihak polis ke sebuah kondominium berasingan untuk mendapatkan suspek kedua.

Kesemua dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

"Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 yang mana pihak polis turut menyita sebuah motosikal bernilai RM7,000," kata Datuk Hussein dalam Sidang Media Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Selangor di Ibu Pejabat Polis Selangor.

Kedua suspek ditahan reman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1953.

Jika disabitkan kesalahan, suspek akan dijatuhi hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM