fb fb fb fb fb

TDM, TNI-AD rampas barangan keperluan asas cuba diseludup ke negara jiran

LUNDU, 1 Oktober- Tentera Darat Malaysia melalui unit yang sedang melaksanakan operasi bawah formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan barang keperluan ke Indonesia petang semalam.

Markas 1 Divisyen menerusi kenyataan medianya berkata cubaan penyeludupan barang tersebut berjaya digagalkan di Sektor Pos GABMA Biawak, Op AWAS/KERIS PARANG iaitu di kawasan berdekatan laluan haram 200 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia, kira-kira pukul 6.00 petang.

Anggota TDM dan TNI-AD yang melaksanakan dan rondaan di kawasan tersebut telah menjumpai satu longgokan barang yang ditutup dengan kanvas berwarna biru yang ditinggalkan di luar rumah kosong.

Hasil semakan, anggota TDM dan TNI-AD menemukan 170 peket minyak masak, 120 peket gula dan 10 kampit beras tempatan.

Kesemua hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM1,201.00.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu dan kesemua barangan rampasan telah diserahkan kepada pihak kastam untuk tindakan selanjutnya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE