fb fb fb fb fb

Suspek beberapa kes pecah rumah di Bintulu dicekup polis

FOTO POLIS BINTULU

BINTULU, 26 Julai- Polis daerah Bintulu berjaya menahan seorang lelaki tempatan berhubung beberapa siri pecah rumah pada 24 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Supt Nixon Joshua Ali dalam kenyataan media memberitahu, suspek ditahan di Jalan Bougainvilla bersama sebilah pisau karambit berukuran 15 cm panjang daripada suspek.

Siasatan awal mendapati, suspek mempunyai rekod lampau dalam kegiatan jenayah termasuk 10 kes berkaitan kecurian dan dua rekod penyalahgunaan dadah.

Suspek ditahan reman selama lima hari sehingga 29 Julai dan kes disiasat bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan dan polis masih giat mengesan saki baki barangan yang disyaki dicuri semasa kes pecah rumah tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE