fb fb fb fb fb

Suami isteri ditahan, cubaan mohon pasport kanak-kanak warga asing

KULAI, 11 Oktober- Sepasang suami isteri ditahan di Kulai, Johor, selepas cuba memohon Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA), untuk seorang kanak-kanak lelaki warga Sri Lanka, semalam.

Pengarah Imigresen Johor, Baharudin Tahir berkata, cubaan itu dikesan semasa mereka cuba memohon Pasport Malaysia Antarabangsa untuk kanak-kanak itu, menggunakan dokumen anak kandung mereka.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bahawa kanak-kanak itu tidak bersekolah seperti yang dinyatakan dan tidak boleh berbahasa Melayu serta hanya menjawab soalan apabila ditanya dalam Bahasa Inggeris", katanya dalam kenyataan.

"Pasangan tersebut disyaki menerima bayaran daripada seorang individu yang masih bebas, bagi memohon pasport tersebut.

“Imigresen Malaysia tidak pernah melantik mana-mana ejen atau wakil untuk menjalankan urusan Imigresen.

"Jabatan ini menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan janji manis pihak yang menjanjikan pulangan lumayan dengan menjual sebarang dokumen diri sama ada untuk tujuan eksploitasi dan sebagainya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 (A) Akta Pasport 1966.

(Suami isteri warga tempatan ditahan, didapati cuba dapatkan pasport Malaysia
untuk seorang kanak-kanak lelaki warga asing di Kulai, Johor)

Media Baharu