fb fb fb fb fb

Suami isteri cuba seludup dadah 4.9kg di Tawau

(Jasmin Hussin (dua kiri) pada sidang media di IPD Tawau)

TAWAU, 6 Oktober- Cubaan suami isteri menyeludup dadah jenis syabu seberat 4.9 kilogram dengan anggaran nilai RM240,000 menerusi Jeti Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Lama di sini, gagal apabila ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, penahanan pasangan warga asing berumur 21 dan 22 tahun itu dibuat dalam pemeriksaan rutin berkala di jeti tersebut pada Rabu lalu.

Pemeriksaan dilakukan ke atas pasangan berkenaan selepas didapati membawa sebuah tong dalam keadaan mencurigakan.

"Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di sini.

Pihaknya juga kini berusaha mengesan rangkaian pengedaran dadah berkenaan bagi siasatan lanjut.

(Antara barang kes yang dirampas)

Media Baharu