fb fb fb fb fb

Polis cekup dua tokan dadah, 20 kg ganja dirampas

(FOTO POLIS PERLIS)

KANGAR, 7 Oktober- Dua lelaki berusia 26 dan 28 tahun ditahan bersama 20 kilogram dadah jenis ganja dianggarkan bernilai RM62,000.

Ini setelah pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perlis menahan sebuah kereta di Lebuhraya Kuala Perlis - Changlun, 4.30 petang kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin dalam kenyataannya memaklumkan, hasil pemeriksaan lanjut polis telah menemui sebuah kotak yang mengandungi 20 ketulan mampat dipercayai ganja seberat 20 kilogram dan ujian saringan awal mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis ganja.

Pihak polis juga bertindak menyita pelbagai aset suspek bernilai RM58,500 yang disyaki diperoleh hasil daripada aktiviti larangan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek direman tujuh hari sehingga 11 Oktober ini.

(Pemangku Ketua Polis Perlis, SAC Baderulhisham Baharudin)

Media Baharu