fb fb fb fb fb

Suami isteri, termasuk dua warga asing berdepan hukuman mati edar ganja

Suami isteri antara 8 individu didakwa kerana mengedar dadah

BUKIT MERTAJAM, 17 November – Lapan individu termasuk dua warga asing berdepan hukuman mati atas pertuduhan mengedar 247.7 kilogram (kg) dadah jenis ganja pada awal bulan ini.

Tertuduh ialah Muhammad Nur Nor Hisham, 30; Mohamad Hafiz Mohd Zaini, 24; Mohamad Amirul Fazrin Md Kamil, 31; Mohamad Faris Irzain Bidin, 20; Syazriel Aiman Shah Ceronnizam, 20, dan Muhammad Faris ‘Arimi Suzi, 26.

Dua lagi tertuduh iaitu lelaki warga United Kingdom Naveed Hussain, 37, dan wanita warga Thailand, Miss Nursamira Hayeemaha, 37.

Kesemua tertuduh mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akil.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu berada dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan kertas siasatan, semua tertuduh didakwa mengedar 247.7 gram kanabis di sebuah rumah di Lorong Camelia 5.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 12.30 tengah malam pada 5 November lalu. lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Suhada Rosli.

Manakala empat tertuduh diwakili peguam Ramkarpal Singh. Tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 10 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes. 

GRACE AISYAH KEDAYAN