fb fb fb fb fb

SPRM perintah Mirzan Mahathir isytihar aset dalam tempoh 30 hari

Mirzan Mahathir hadir ke Ibu pejabat SPRM pada 9.30 pagi semalam untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan

KUALA LUMPUR, 18 Januari - Anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mirzan dikehendaki mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada di dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mirzan perlu mengisytiharkan asetnya dari tarikh notis yang telah disampaikan kepada beliau semalam di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

"Perintah ini adalah tindakan susulan siasatan SPRM berhubung maklumat dalam laporan Kertas Panama serta aktiviti perniagaannya yang membabitkan penjualan dan pembelian syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Siasatan dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 juga Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA),” menurut kenyataan itu hari ini.

SPRM mengesahkan ahli perniagaan itu hadir ke Ibu pejabat SPRM pada 9.30 pagi semalam untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan.

SPRM memulakan siasatan sejak Ogos 2022 terhadap semua entiti yang berkait dan dinamakan dalam laporan Kertas Pandora juga Kertas Panama.

"Sehingga kini, Sehingga kini, seramai 10 saksi telah dipanggil bagi tujuan dirakam pernyataan.

"SPRM sedang mengkaji dokumen kewangan serta pemilikan aset entiti-entiti yang tersenarai dalam laporan-laporan tersebut dan siasatan masih giat dijalankan," katanya.

BERITA BERKAITAN:

GRACE AISYAH KEDAYAN