fb fb fb fb fb

SPRM kesan seorang lagi doktor berkait kes pemalsuan tuntutan hilang upaya PERKESO

FOTO RTM

PUTRAJAYA,4 September- Seorang lagi individu berpangkat doktor sedang dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Pulau Pinang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menyatakan individu tersebut dipercayai merupakan rakan subahat bersama tiga doktor lain yang ditahan semalam.

Beliau menambah, penahanan terhadap individu tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat.

Terdahulu, seramai 33 individu, termasuk tiga doktor, telah direman selama tiga hari bermula hari ini berhubung kes tersebut.

Selain itu, SPRM telah mengenal pasti 19 kes berhubung kes itu daripada 19 pencarum yang telah dipanggil untuk membantu siasatan.

Jumlah keseluruhan tuntutan palsu tersebut sejak 2017 dianggarkan sebanyak RM2.1 juta.

Beliau berkata demikian di Sesi Wawancara Khas bersama media di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE