fb fb fb fb fb

Sindiket pelacuran tumpas, 36 individu ditahan

KUALA LUMPUR, 11 Februari- Sindiket Pelacuran didalangi 'Mummy' yang mengaut keuntungan mencecah RM2.8 juta, tumpas.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee berkata, 36 individu ditahan dalam operasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Khamis lalu.

Menerusi satu kenyataan beliau memaklumkan, mereka yang ditahan terdiri 27 warga Indonesia, Vietnam (2), Thailand (4) dan seorang pelanggan lelaki warga Bangladesh serta 2 lelaki tempatan penjaga premis.

Hasil risikan mendapati, dalang warga Indonesia itu berperanan menjaga serta menguruskan wanita warga asing dalam menjalankan aktiviti pelacuran.

Wanita-wanita warga asing berkenaan dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial bagi tujuan pelancongan.

Mereka perlu membayar yuran RM5,000 hingga RM6,000.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.


(Antara yang ditahan dalam operasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Khamis lalu)

 

 

Media Baharu