fb fb fb fb fb

Dua lelaki terlibat samun berkumpulan ditahan

(Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz)

JOHOR BAHRU, 12 Februari- Dua suspek kes samun berkumpulan ditahan polis di Tanjung Agas, Tangkak dan Jalan Daud, Muar, di Johor, kira-kira pukul 4 petang semalam.

Lelaki tempatan berusia 32 dan 45 tahun itu ditahan susulan laporan dibuat mangsa, lelaki berusia 39 tahun yang disamun 7 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz dalam kenyataannya berkata, suspek membawa lari beg sandang mangsa serta motosikal milik rakan mangsa.

Polis merampas sebuah motosikal dan dua telefon bimbit untuk membantu siasatan.

Raiz Mukhliz berkata hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki itu mempunyai rekod lampau melibatkan kes narkotik dan jenayah. 

(Polis merampas sebuah motosikal jenis Honda Wave Dash/FOTO PDRM)

Katanya, suspek direman enam hari sehingga 17 Februari dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.


(Turut dirampas dua telefon bimbit bagi membantu siasatan/FOTO PDRM)

Media Baharu