fb fb fb fb fb

Siasatan insiden Hari Kebangsaan di Perak selesai

Rakaman seorang wanita mendekati Sultan Perak Sultan Nazrin di pentas utama pada sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak

IPOH, 3 September - Siasatan berhubung insiden semasa Sambutan Hari Kebangsaan di Perak baru-baru ini melibatkan seorang wanita warga telah selesai dijalankan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya esok, sebelum dimajukan ke Pejabat Peguam Negara di Putrajaya bagi arahan lanjut.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin dalam kenyataan berkata, suspek yang selesai tempoh tahanan reman hari ini telah dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) untuk pemantauan lanjut mengikut peruntukan Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615).

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan serta ketenteraman awam," katanya.

Polis akan memaklumkan perkembangan terkini kes tersebut dari semasa ke semasa.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE