fb fb fb fb fb

Siaran media polis palsu, orang ramai diminta tidak terpedaya

Foto Polis Melaka

MELAKA, 16 Mei - Laporan polis dibuat susulan penyebaran gambar yang mengandungi siaran media palsu daripada Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat berbuat demikian selepas menerima satu pesanan menerusi aplikasi WhatsApp daripada orang ramai.

Ia dipercayai berkaitan penganjuran Program Giveaway Gadis QS Official.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan polis mendapati gambar yang dikirim menerusi aplikasi berkenaan adalah palsu dan tidak benar.

Malah, Pengarah JJPJKK Bukit Aman juga didapati tidak pernah mengeluarkan sebarang siaran media berkaitan penganjuran program tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang penyebaran video, gambar serta berita yang tidak sahih.
 

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI