fb fb fb fb fb

Seorang rakyat Malaysia antara empat ditahan bersama 622 kg dadah di Australia

(Datuk Seri Kamarudin Md Din)

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Seri Kamarudin Md Din mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia bersama 622 kilogram dadah Jenis Methamphetamine di Australia.

Beliau berkata, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sedang berkerjasama dengan Australian Federal Police (AFP) bagi menjalankan siasatan lanjut.

"Tindakan akan diambil bagi memastikan kegiatan pengedaran atau penyeludupan dadah dapat dibanteras tanpa kompromi,"katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Terdahulu media melaporkan empat lelaki ditahan bersama 622 kilogram dadah jenis methamphetamine di Melbourne Australia.

Salah seorang daripadanya adalah rakyat Malaysia.

Sementara itu, menurut kenyataan daripada AFP, empat orang ditangkap itu dipercayai terlibat dalam sindiket jenayah terancang rentas negara yang beroperasi di Melbourne dihadapkan ke mahkamah hari ini selepas pihak berkuasa merampas kira-kira 622kg methamphetamine disembunyikan dalam penghantaran gulungan tisu tandas yang tiba ke Melbourne melalui kargo laut dari Malaysia pada 4 Oktober, 2023.

Tangkapan itu termasuk dua warga China berusia 33 tahun, seorang warga Malaysia, 34, dan warga Hong Kong, 32.

Pasukan Petugas Jenayah Terancang Bersama Victoria (JOCTF), yang terdiri daripada anggota AFP, Polis Victoria, Pasukan Sempadan Australia (ABF), Suruhanjaya Perisikan Jenayah Australia (ACIC) dan Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri, menahan kesemua suspek lewat semalam dan awal pagi ini.

Siasatan bermula apabila pegawai ABF mengenal pasti anomali dalam konsainan semasa pemeriksaan x-ray dan melaporkan perkara itu kepada AFP.

Susulan itu pihak berkuasa mengesan dan merampas 622 bungkusan teh hijau dan emas, setiap satu seberat 1kg, mengandungi bahan kristal putih, yang selebihnya disembunyikan dalam palet tisu tandas.

Kuantiti methamphetamine yang dirampas dianggarkan boleh memenuhi keperluan lebih daripada 6.2 juta penagih dan dijual dengan anggaran $559.8 juta.

Jik sabit kesalahan, tertuuduh boleh dikenakan hukuman maksimum penjara seumur hidup.

 

Media Baharu