fb fb fb fb fb

Sembilan individu ditahan berkaitan sindiket seludup minyak diesel dan petrol

FOTO HIASAN

KUBANG PASU, 1 Disember - Polis menahan sembilan lelaki dan empat daripadanya warga asing yang disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan minyak diesel dan petrol dalam serbuan di sebuah pusat pengumpulan minyak di Bedong, Sungai Petani semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata kesemua sembilan individu terbabit dipercayai pekerja di premis berkenaan ditahan bersama-sama sebuah lori tangki yang dipercayai diubah suai sindiket berkenaan. 

Katanya modus operandi terbaharu sindiket penyeludupan bahan subsidi mengunakan lori treler demi mengaut keuntungan lumayan.

"Lori treler itu dipercayai dari Negeri Sembilan yang dikatakan datang ke pusat pengumpulan itu membawa petrol disyaki untuk diseludup ke negara jiran.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap lori itu menemui cecair disyaki petrol berkapasiti lebih kurang 19,000 liter yang bernilai RM38,950," kata Fisol dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Pemandu lori berkenaan juga gagal mengemukakan dokumen permit khas barang kawalan berjadualdan permit membawa bahan api.

Tangkapan serta rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). 

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 KPDN.

TETITIA YUSOFF